Buku Terjemahan

Kami komited mengenengahkan isu-isu penting mengenai pendidikan. Sesuai dengan slogan umum PTS iaitu Memandaikan Bangsa, kami menjadikan wadah web ini bagi berkongsi berita, isu dan perihal dunia pendidikan negara dan global. Diharapkan dengan cara ini, kami dapat membangkitkan rasa kebersamaan dan menjadikan cikgumalaysia sebagai wadah utama perbincangan mengenai pendidikan negara

Kami yakin dan percaya kehadiran web ini diharapkan mampu menyatukan pandangan dan suara guru-guru Malaysia.

Penerbit
Arief Hakim Sani Rahmat
ariefhs@pts.com.my

Mula melibatkan diri dalam dunia penerbitan buku pada tahun 2000, dan kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan bagi syarikat-syarikat dalam kumpulan penerbitan PTS.

Penerbit Eksekutif
Fauzul Naim Ishak

fauzuln@pts.com.my

Beliau merupakan Pengurus Besar PTS Sdn. Bhd serta mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penerbitan dan perunding latihan penulisan. Kemampuan
beliau membaca trend jualan industri buku menjadikan beliau sebagai rujukan kepada rakan-rakan industri perbukuan.

Editor
Mohd Yahya Fadzli Bin Jusoh
fadzli@pts.com.my

Beliau juga mempunyai pengalaman kerja yang merangkumi pelbagai bidang.Beliau pernah menjawat jawatan sebagai pengurus pemasaran di salah sebuah syarikat perunding motivasi dan editor di salah sebuah syarikat penerbitan sebelum bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di salah sebuah IPTA di utara semenanjung. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan selari dengan minatnya dalam pendidikan.

Pihak kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada semua pengunjung tanpa rasa prejudis. Diharapkan semua komen-komen yang diberikan dapat membantu kepada peningkatan yang berterusan bagi web ini.